Monday, September 16, 2019

Refleksi Tentang Kursus GKK 1043

Kursus GKK adalah salah satu kursus generik yang saya pelajari sepanjang PPISMP Semester 1. Sepanjang mempelajari GKK , saya telah mempelajari pelbagai aktiviti fizikal yang sebelum ini tidak pernah saya terokai tidak kira ketika di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.  Sebelum saya masuk ke IPG, saya hanya sekadar menonton televisyen di rumah sahaja dan sudah berbulan-bulan tidak bersenam kerana amat malas. Kursus ini telah menyedari saya bahawa bersenam adalah sangat penting kerana amalan ini akan menjadikan kita lebih cergas dan dapat mengekalkan berat badan. 
    Dalam  minggu pertama, saya  berasa mudah letih semasa  menjalankan pelbagai aktiviti kecergasan terutamanya yang melibatkan kecergasan fizikal seperti berlari. Contohnya, pada mulanya kami telah diarahkan untuk berlari mengelilingi kawasan IPG dan saya berasa amat penat sehinggakan menjadi antara orang terakhir yang sampai serta mempunyai kedenyutan nadi melebihi 120, tetapi pada minggu seterusnya,saya mencabar diri sendiri supaya menggunakan tenaga yang ada untuk berlari dan menjadi antara kelompok yang sampai pada waktu pertengahan dan kurang daripada 120 .Pada akhir minggunya ,saya boleh menggunakan sepenuh tenaga saya dan menjadi antara yang terawal tiba serta mempunyai denyutan nadi sederhana.

  Selain daya tahan kardiovaskular dipertingkatkan, daya tahan otot saya pun sudah dipertingkatkan.Contohnya, pada mulanya, saya hanya boleh tekan tubi sebanyak 20 kali seminit, saya pun selalu terpaksa saya sendiri mencapai target yang ditetapkan dengan bertambah 4 kali setiap tekan tubi  pada setiap minggu.Pada minggu akhirnya, saya berjaya dapat tekan tubi sebanyak 32 kali seminit tanpa henti.

   Di samping itu, saya telah menganalisis kadar nadi saya pada seluruh bulan. Data dalam graf iaitu daripada hari Isnin minggu pertama ialah 89 denyutan seminit hingga hari Isnin minggu keempat pula ialah 79 denyutan menunjukkan bahawa kadar nadi rehat saya menurun. Manakala pada hari Jumaat, kadar nadi saya lebih tinggi kerana saya mimpi dikejar anjing. Saya juga berasa tidak cepat letih semasa menjalankan aktiviti yang berat.Saya berasa badan saya telah menjadi lebih kuat dan lebih sihat.Seterusnya, otak saya menjadi ledih cergas dan saya dapat mengesani dan mempelajari dengan lebih efisien serta tidak mudah mengantuk semasa kuliah berbanding dengan dahulu.

   Kesimpulannya,saya telah mempelajari pelbagai jenis senaman serta kemahiran dalam meningkatkan kecergasan dan kecerdasan saya dalam kursus GKK ini . Saya berharap agar terdapat subjek seperti GKK lagi pada semester akan datang.

Monday, August 5, 2019

Biodata

Nama:Nurul Aiin Sharmin binti Muhamad Azahar
Tarikh Lahir:29 Jun 2001
Alamat:Lot 3782 Kampung Padang Luas, Jerteh,Terengganu